JAWI Guna Pendekatan Berhemah, Santuni Pesalah Ramadan

Tiada lagi operasi sebaliknya pemantauan, penerangan serta operasi rutin. Itu antara elemen pendekatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada orang ramai sepanjang Ramadan.

Berbanding operasi tangkapan sebelum ini, ia akan dipertingkatkan dengan sesi penerangan kepada mereka yang didapati tidak berpuasa, selain nasihat kepada peniaga untuk menghormati kemuliaan bulan puasa.

Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata, untuk itu, Bahagian Penguatkuasaan JAWI akan meneruskan pemantauan seperti biasa bagi memastikan umat Islam mengikut syariat agama.

“Kita mengambil pendekatan berdasarkan konsep RAHMAH. Operasi seperti biasa tetap alan dijalankan. Kita tambah aspek pemantauan dan penerangan supaya semua lebih faham tuntutan agama.

“Saya katakan begini kerana kita tidak mahu ada yang memandang remeh ibadat puasa dan hanya takut jika penguatkuasa buat operasi.

“ Apa yang perlu mereka faham ialah konsep ibadat itu. Pasukan kita (JAWI) akan teruskan operasi, jika ada yang menyalahi Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutan) 1997, kita akan ambil tindakan,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif Kumpulan Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan.

Mohd Ajib berkata, tidak timbul isu pihaknya tidak akan membuat operasi sepanjang Ramadan kerana ia adalah tindakan penguatkuasaan biasa yang diadakan sepanjang tahun bagi memastikan umat Islam menghormati Ramadan.

“Saya juga nasihatkan kepada peniaga agar menghormati bulan yang mulia ini. Kita perlu bersama-sama memainkan peranan untuk memartabatlan Islam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *