Dianiaya Kerajaan : Ikuti Luahan Mohammad Syafiq

Mohammad Syafiq

Saya terbaca surat guru kafa yang dilucutkan kontrak perkhidmatan di mana beliau menyatakan di zaman pemerintahan Dato Sri Najib Tun Abdul Razak rakyat mungkin dibelenggu masalah kewangan akibat keadaan kestabilan ekonomi akan tetapi di zaman Pakatan Harapan beliau terus papa kedana.

Mereka sering mengwar-warkan “The Rule of Law” dan “The Rules of Natural Justice” rakyat tertanya-tanya di manakah pemakaian itu berlaku seadilnya. Perkara ini dirasai oleh saya sendiri di mana saya sehingga ke hari ini menanti satu keadilan yang saksama bagi diri saya.

23 November 2018 saya telah menjalani pembedahan mulut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang bagi membuang 8 batang gigi bongsu di mana saya telah diberikan cuti sakit oleh pihak hospital. Dalam masa yang sama pada tanggal 1 Disember 2018 saya diarahkan kembali bertugas di Unit Perisai Skuadron Perisai 5, Pasukan Gerakan Am, Markas Briged Tengah Cheras di mana sebelum ini saya ditugaskan di Bukit Aman bagi menyiapkan Projek Inovasi KDNKA secara amnya berkumpulan tetapi khususnya bersendirian namun dengan berkat dan kesabaran siap 100% bukan sahaja kertas kerja malah prototypenya sekali.

Pada 11hb Disember 2018 saya didatangi oleh sekumpulan anggota dari Markas Briged Tengah dan merampas kesemua dokumen rawatan saya sebelum ini tidak cukup dengan itu saya turut diugut kononnya telah memalsukan sijil cuti sakit dan memberikan kepada pihak mereka namun pada hakikatnya perkara itu tidak pernah berlaku sama sekali. Saya tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen akan tetapi telah dirampas dari pemilikan saya. Saya menyatakan dengan keras sekiranya perkara itu berlaku teruskan membuat laporan polis saya akan membela diri mengikut sistem perundangan sedia ada dimana saya tidak gusar dan takut sama sekali.

Perkara ini berlaku kerana pegawai skuadron berdendam dengan saya kerana tidak menolong beliau dalam melobi pangkat beliau ketika saya bertugas di Bukit Aman. Pada 25hb Disember 2018 saya telah ditangkap di tempat kerja di pejabat Skuadron Perisai 5 Markas Briged Tengah kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan iatu pemalsuan dokumen. Kesalahan ini diperuntukan tangkapan berwaren sebagaimana di dalam Kanun Prosedur Jenayah namun demikian pihak pendakwaaan gagal berbuat demikian dan menyalahi peruntukan tersebut.

Saya telah dilokapkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan dibawa reman pada hari keesokkannya. Semasa dihadapan majistret pegawai pendakwa membaca pertuduhan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan di mana secara curangnya cuba menyabitkan saya dengan kesalahan lain di mana tidak pernah saya lakukan. Saya telah meminta satu pernyataan membebaskan diri atau “self-execute” di hadapan majistret seiring pengamalan prinsip “audi atrem partem” yang diamalkan oleh system kehakiman di Malaysia. Selepas itu saya difahamkan kes diklasfikasikan tiada tindakan lanjut dan digugurkan.

Selepas dibebaskan saya telah pergi ke Kementerian Dalam Negeri dan Suruhanjaya Intergriti dan Penguatkuasaan untuk membuat aduan kerana telah dikurung secara salah dengan laporan palsu yang dibuat oleh Ketua Skuadron. Saya turut mengupah peguam iatu Buzze Azam bagi mendapatkan pandangan perundangan namun pihak integriti memohon supaya mereka terlebih dahulu membuat pendakwaaan.

Kemudiannya pihak Markas Briged Tengah dengan tidak bertanggungjawab melanggar arus sistem perundangan di Malaysia dengan menggunakan kapasiti sebagai Pasukan Polis DiRaja Malaysia di mana dua kertas pertuduhan dibuka ke atas saya substantive isu yang sama dengan sebab-sebab saya ditangkap. Malangnya mereka telah mendiskriminasikan hak saya dengan jelas di mana Ketua Skuadron yang mengurung saya dengan salah dan membuat laporan palsu tidak di siasat langsung malah hanya ditukarkan penempatan di dalam Markas Briged Tengah juga.

Jelas di dalam Perkara 136 Perlembagaan Persekutuan 1957 bahawa seorang penjawat awam tidak boleh didiscriminasikan dari sudut pangkat di dalam perkhidmatan di mana haruslah diberi layanan yang saksama. Di mana dalam kes saya secara jelas pengamalan “Law of Jungle” yang bersikap “Ultra Vires” telah diambil dengan memandang remeh perkara-perkara melibatkan sumber hidup atau “livehood” seseorang manusia.

Pada 25 Januari 2019 saya telah diberhentikan gaji 100 peratus tanpa sebarang surat perintah hukuman atau sebab-sebab perlucutan gaji dibuat. Saya tidak diberikan peluang direpresentasikan secara bertulis atau penyataan bagi membela diri saya jika tidak bersalah. Keputusan diambil oleh pihak atasan tanpa memandang keseluruhan isi di mana hak-hak asasi saya sebagai seorang manusia telah dinafikan secara jelas. Kertas siasatan terhadap pertuduhan melucutkan gaji juga tidak dikemukakan di mana sehingga ke hari ini saya tidak tahu kenapa gaji ditahan 100 peratus dan tiada langsung penyata gaji.

Perkara sedemikian membawa impak yang besar ke atas diri saya jikalau guru kafa tersebut menyatakan beliau papa kedana namun masih boleh mencari kerja lain bagi saya kerajaan tidak membayar elaun saya sejak bulan julai 2018 di mana hanya bergaji bersih RM1100 sebulan kini langsung diberhentikan gaji 100 peratus. Saya diibaratkan digantung tidak bertali, sebagai seorang pemegang kad kuasa polis yang dilantik secara tetap saya tidak boleh bekerja di mana-mana sektor lain bagi menampung punca hidup saya sekeluarga selagi tidak mempunyai hitam putih. Saya juga tidak boleh membuat apa-apa pinjaman kerana tiada penyata gaji.

Saya rakyat Malaysia dilahirkan di Malaysia kenapa saya diperlakukan seperti lanun Somalia di mana telah banyak idea dan jasa telah saya sumbangkan kepada Negara melalui penciptaan inovasi dan kertas cadangan penambahbaikan dalam kerajaan bukan sahaja Polis DiRaja Malaysia. Namun sebaliknya Ketua Skuadron yang disebut penah disiasat berkali-kali dalam pengubahan wang haram dan pengamalan rasuah serta penganiayaan kepada anggota pangkat rendah yang lain akan tetapi beliau aman bahagia dan harmoni tanpa apa jua tindakan.

Saya berkelayakan akademik dan mempunyai kepakaran dalam teknologi perkomputeran di mana peluang yang luas menanti saya dalam keadaan apa yang saya lalui sekarang ibarat masa depan saya hancur dan punah malah gelap gempita dek discrimasi berkasta di dalam perkhidmatan awam. Saya memohon kerajaan semasa melihat dengan serius perkara ini di mana perkara ini membawa mudarat dan penganiayaan di mana saya mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan isteri tidak bekerja. Dimanakah laungan “The Rule of Law” dan “Law of Natural Justice” yang menjadi perjuangan Pakatan Harapan dalam mendapat sokongan rakyat bagi menerajui Malaysia.

Mohamad Shafiq Abdul Halim
Pengasas
Kongres Pemuda Intelek Warisan Nusantara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *