Sama-Sama Kita Doakan dan Bantu Ayah Azhar – Yusuf Azmi

Satu kutipan derma kilat dilancarkan untuk membantu keluarga Presiden Skuad Badar, Azhar Mohamad yang direman polis.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Ayah Azhar direman berkait laporan polis yang dibuat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) Khamis lalu.

Berita penahanan itu dikongsikan banyak pihak termasuk Penasihat Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia (PPS1M) Yusuf Azmi.

Yusif berkata, sebagai orang yang turut berjuang ke jalan agama, sudah pasti penahanan itu memberi kesan yang bukan sedikit kepada keluarga Azhar.

“Jadi saya kongsikan pautan Facebook itu supaya orang ramai dapat menyumbang. Ia juga untuk membantu mendapatkan dana bagi proses jaminan Ayah Azhar. Sama-sama kita bantu,” katanya.

Azhar ditahan dipercayai ada kaitan dengan pembabitan Skuad Badar yang menjalankan aktiviti mencegah kemungkaran tanpa tauliah dan waran geledah.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi CIMB 7020000312 Zurina Saman (Isteri Ayah Azhar).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *