Tengku Abdullah Sultan Pahang Keenam

M

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diisytihar sebagai Sultan Pahang yang baharu menggantikan ayahandanya Sultan Ahmad Shah yang kini gering.

Pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang keenam akan dilangsungkan di Balai Rong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada jam 11 pagi, 15 Januari 2019 (Selasa).

Pengisytiharan itu dibuat oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam sidang media khas di Istana Abu Bakar pada Sabtu.

“Dalam keadaan sedih dan dukacita, saya dan keluarga menerima hakikat bahawa paduka ayahanda saya tidak lagi boleh memikul tugas dan tanggungjawab sebagai raja pemerintah.

“Dengan keputusan Jumaah Pangkuan Negeri, saya bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menghadap Paduka Kekanda Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang untuk menyembah maklum dan memohon perkenan untuk dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.

“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Paduka Kekanda saya telah pun bersetuju untuk diisytihar sebagai Sultan Pahang keenam,” kata Tengku Abdul Rahman.

Menurut Tengku Abdul Rahman, Tengku Abdullah turut bertitah supaya Paduka Ayahandanya, Sultan Ahmad Shah diisytihar sebagai Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

Ia bersesuaian dengan keprihatinan dan sifat kebapaan Sultan Ahmad Shah kepada rakyat Pahang sepanjang memerintah negeri dari tahun 1974 hingga 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *