PRK: Empat Penjuru di Cameron Highlands

Persaingan empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands apabila calon PH, BN dan Bebas diumumkan bertanding hari ini

Senarai calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya, Datuk Ishak Md Napis selepas tamat tempoh proses penamaan calon di dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata.

BN mencalonkan Ramli Mohd Nor yang merupakan bekas pegawai kanan polis.

PH pula mempertaruhkan M Manogaran yang pernah tewas dua kali itu dalam PRU14 dan PRU13 Ialu.

Manakala, dua calon Bebas membuat kejutan turut bertanding iaitu Wong Seng Yee dan Salehuddin Ab Talib.

Tan Sri M Kayveas yang sebelum ini mengumumkan bakal bertanding menarik diri sebagai calon Bebas sebaliknya berpendirian menyokong PH.

Kerusi Parlimen Cameron Highlands dikosongkan selepas kemenangan penyandangnya, Datuk C Sivaraajh dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam PRU lalu, Sivaraajh menang dengan 10,307 undi menewaskan empat calon lain.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *