Tahan Berapa Kali Pun Saya Tak Akan Berganjak – Lokman

“Berapa kali kita keluar masuk pun, kita tak akan berganjak. Kita pun sudah buat laporan polis kepada Tun Dr Mahathir, Peguam Negara dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyembunyikan pembunuh Adib.

“Saya juga ada maklumat dalaman dalam bentuk memo mengenai perkara itu dan kita akan terus berdepan dengan mereka di mahkamah,” kata Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam.

Beliau dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Katanya, sepanjang dalam tahanan, beliau dilayan dengan baik oleh anggota polis bertugas dan berterima kasih kepada mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *