Penguatkuasa DBKL dan Polis Jalin Kerjasama

 

“Kita membuktikan bahawa usaha membanteras apa juga masalah membabitkan pelanggaran undang-undang akan dilakukan secara serius, bukan hanya tindakan suka-suka.

“Yang penting, konsep mensejahterakan masyarakat khususnya warga kota dapat kita laksanakan dengan sebaik mungkin menerusi kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia.” kata Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Azman Mahmood.

Satu perbincangan diadakan bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim petang ini bagi memperhebatkan penguatkuasaan khususnya aspek keselamatan antara kedua-dua pihak untuk memastikan bandar raya Kuala Lumpur selesa untuk didiami dan dikunjungi.

Katanya, turut disentuh dalam pertemuan itu ialah bagaimana anggota penguatkuasa dan polis dapat bersama rakyat untuk membanteras gejala serta aktiviti haram yang berlaku di ibu kota sebelum ini.

“Kita di Jabatan Penguatkuasaan DBKL ucapkan terima kasih atas kerjasama baik polis dalam pelbagai operasi selama ini. Kita tidak akan bersendirian lagi selepas ini dan penguatkuasaan secara lebih menyeluruh akan merealisasikan hasrat untuk melihat Kuala Lumpur terus sejahtera,” katanya.

Azman berkata, antara yang diberi tumpuan ialah isu dadah, pusat hiburan serta beberapa masalah lain yang berkaitan seperti kerjasama di dalam operasi serta tindakan penguatkuasaan.

Menurutnya, persamaan kedua-dua jabatan, iaitu menguatkuasakan undang-undang menjadikan DBKL kini lebih yakin untuk bertindak selari dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Saya harap masyarakat di Kuala Lumpur akan memberikan kerjasama terbaik demi memastikan ibu kota ini menjadi destinasi terbaik untuk warga tempatan serta pelancong luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *