ADUN Semenyih Meninggal Dunia

Ahli Dewan Negeri Kawasan Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor menghembuskan nafas terakhir jam 4.45 pagi ini di Hospital Kajang dipercayai akibat serangan jantung.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhab Aman Shah berkata, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih. Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tuan Bakhtiar bin Mohd Nor. Saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan golongan yang soleh. Al Fatihah,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *