Lokman Noor Adam Ditahan Polis

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Sebelum itu beliau hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan mengenai perkara yang belum dapat dipastikan.

Menerusi hantaran pada Facebook miliknya, Lokman meminta rakyat Malaysia mendoakan dirinya dan dia akur dengan apa yang terjadi.

“Jika penahanan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk menegakkan keadilan buat wira negara yang terkorban semasa bertugas dalam menjaga keamanan negara, saya akur dengan yang terjadi. Doakan saya,” katanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu adalah satu-satunya pemimpin parti yang konsisten mengkritik kerajaan Pakatan Harapan sejak Pilihan Raya Umum Mei lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *