Maklumat Dalaman Dedah Laporan Kes Adib Dipalsukan – Lokman

 

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata pihaknya mempunyai maklumat mengenai permintaan beberapa menteri kabinet kepada Perdana Menteri supaya tidak mengambil tindakan lanjut di atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Biarpun polis sudah memanggil saksi dan bomba juga memberikan keterangan, dan didapati bahawa Allahyarham tidak dilanggar tetapi dipukul, tetapi ada individu tertentu mahu laporan mengenainya dipalsukan.

” Adakah saudara -saudara nak benarkan perkara ini berlaku dalam negara ini. Kita tidak boleh benarkan perkara ini berlaku.

“Saya nak beritahu setelah polois menyiasat mereka telah pun menangkap empat individu. Mereka ini sudah pun didakwa dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh, mengapa, kerana Adib ketika itu berada dalam keadaan kritikal di IJN,” katanya ketika membuat laporan polis beramai-ramai di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi malam tadi.

Katanya, apabila Adib meninggal dunia, polis memohon dengan Jabatan Peguam Negara supaya kes itu didakwa di bawah Seksyen 307, ditukar kepada Seksyen 302 iaitu membunuh, bukan lagi cubaan membunuh.

Lokman berkata, Peguam Negara iaitu Tommy Thomas sepatutnya membenarkan permohonan polis, tapi ada mainan kotor di belakang semua itu sehingga menyebabkan inkues dijalankan.

Laporan polis berkenaan dibuat ke atas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy berhubung pembabitan mereka yang disyaki melindungi kejadian sebenar dan pembunuh Adib.

“Kami mohon pihak polis menyiasat ketiga-tiga individu terutama Perdana Menteri kerana beliau menyatakan rasa puas hati dengan prestasi kerja Waythamoorthy walaupun beliau berdepan dengan banyak laporan polis terutama membabitkan kejadian di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya bulan lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *