RUANG udara MAlaysia diceroboh?

Beberapa pesawat ringan dan kapal terbang dilihat berlegar di ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Seletar susulan penguatkuasan tatacara Sistem Pendaratan Intrumen (ILS), bermula hari ini.

Dalam satu notis dikeluarkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) pada 1 Disember lalu, prosedur pelaksanaan ILS bagi landasan 21 di Lapangan Terbang Seletar berkuat kuasa pada jam 12 tengah malam tadi.

Lapangan terbang itu yang digunakan untuk pesawat kargo dan pesawat persendirian terletak betul-betul di tepi Selat Johor yang menghadap Pelabuhan Johor.

Awal bulan lalu, Malaysia mahu Singapura menarik balik rancangan melaksanakan ILS atau mengubah laluan penerbangan ke Lapangan Terbang Seletar di republik itu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata ini kerana laluan penerbangan untuk sistem itu akan memberi impak besar kepada pembangunan di Pasir Gudang susulan sekatan ketinggian struktur di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, Pelabuhan Johor di Pasir Gudang juga akan berada dalam keadaan berisiko tinggi selain menghadapi pelbagai sekatan susulan pelaksanaan sistem pendaratan itu.

Malaysia juga mengisytiharkan pewujudan Kawasan Larangan kekal di ruang udara Pasir Gudang berkuat kuasa semalam dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (DCA) mengeluarkan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) pada 25 Disember lalu.

Susulan itu, Singapura mencadangkan untuk bertemu dengan Malaysia Selasa ini bagi membincangkan pewujudan Kawasan Larangan kekal oleh Kuala lumpur bagi tujuan aktiviti ketenteraan meliputi ruang udara Pasir Gudang yang berkuat kuasa semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *