PENETAPAN Harga Minyak Esok

Keputusan rasmi mengenai mekanisme penetapan harga minyak akan diumumkan esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,mesyuarat Kabinet yang dipengerusi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, sudah membuat keputusan berhubung perkara itu.

Katanya, keputusan yang di buat itu mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Kabinet membincangkan dengan panjang lebar isu berkenaan dan menimbangkan semua pandangan pihak berkepentingan,” katanya.

Pada 23 Disember lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan mulai 1 Januari lalu, harga bahan api termasuk RON 95, akan mula diapungkan secara mingguan.

Berikutan itu, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menentang keputusan kerajaan mengapungkan dan menetapkan harga produk petroleum secara mingguan.

PDAM juga meminta kerajaan menaikkan komisen pengusaha stesen minyak bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung.

Sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet semalam, Dr Mahathir bertemu wakil dan pimpinan PDAM selama 45 minit bagi mendengar kebimbangan mereka.

Saifuddin juga enggan mengesah sama ada kerajaan akan meneruskan sistem pengapungan harga bahan apai itu atau tidak.

Katanya, keputusan sudah dibuat dan pengumuman mengenainya akan di buat esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *