Isu Rasuah: Apa Sudah Jadi PH- Presiden IPF

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mampu mengatasi isu rasuah biarpun sebelum ini mereka sangat gemar menghentam barisan Nasional.

Presiden Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Senator Datuk M. Sambathan berkata selama ini Bersatu dan PH bercakap besar tentang isu rasuah dan kronisme tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, terdiam terus.

“Saya tidak faham, selama ini segala macam tuduhan dilemparkan kononnya kerajaan sebelum ini telah menggunakan kuasa sebagai parti pemerintah untuk kedudukan serta kepentingan sendiri serta parti.
Peliknya, selepas mereka (PH) berkuasa, tanpa segan silu boleh pula bercakap secara terbuka dan lantang  tentang bagaimana boleh menggunakan kuasa politik untuk kedudukan serta peruntukan demi memastikan survival politik mereka.

“Bukankah anda cakap kata UMNO dan BN salah guna kuasa? Habis sekarang kenapa bila anda ada kuasa maka boleh buat sesuka hati? Sebelum ini bukan main hebat bercakap atas pentas bahawa jika rakyat mengundi anda, anda hanya amanah dan ‘pekerja’ untuk rakyat.

“Rakyat nampak, siapa sebenarnya yang tidak sabar untuk rasuah selepas menipu rakyat terang-terangan untuk memastikan kuasa beralih arah dan boleh buat apa sahaja sesuka hati,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *