Sumbangan Untuk Raikan Pesakit


Kongsi derita pesakit menerusi program sosial korporat. Inisiatif berkenaan diambil Hospital St Stamford Modern Cancer (MCMG) berpangkalan di Guangzhou,China yang meraikan 150 pesakit kanak-kanak di Unit Paediatrik Hospital Kuala Lumpur semalam.

Senyuman yang terukir memberikan kepuasan kepada 15 kakitangannya yang menyertai program dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Bayi Terabai Selangor (PKBTS) itu.

Wakil MCMG, Prof Dr Xu Hai Tao berkata, ia,adalah inisiatif bersama untuk berkongsi kegemberiaan kepada pesakit terutama yang akan menyambut Hari Krismas beberapa hari lagi.

Katanya, dibantu rakan pertubuhan bukan kerajaan, MCMG dapat menyelami perasaan pesakit terutama kanak-kanak yang menghidap kanser supaya mereka rasa lebih dihargai ketika bertarung melawan penyakit.

“Ia program tiga dalam satu. Pertama tanggungjawab sosial korporat, kedua menyelami hasrat dan permintaan pesakit dan satu lagi ialah merapatkan silaturahim antara hospital, NGO dan pesakit,” katanya.

Menurutnya, program itu adalah acara tahunan di mana MCMG menjelajah ke beberapa hospital untuk berjumpa seramai mungkin pesakit dan menyampaikan sumbangan untuk menaikkan moral mereka.

Hai Tao berkata, ia sebahagian daripada kaedab memulihkan pesakit, bukan hanya dari segi perubatan, malah perasaan mereka juga dapat dipulihkan untuk meneruskan hidup.

“Dari lawatan tadi, kami juga dapat lihat bagaimana HKL menguruskan pesakit dan ternyata ia sangat berkesan,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *