Muhammad Adib Sudah Tiada..

KUALA LUMPUR: : Anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin di IJN.

Muhammad Adib dimasukkan ke IJN akibat mengalami cedera parah selepas diserang susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman pada 27 Nov lalu.

Jenazah Muhammad Adib akan dibawa ke Balai Bomba Hang Tuah pada Selasa untuk penghormatan terakhir dan akan dibawa ke Kedah untuk dikebumikan.

Pada Ahad, IJN melalui satu kenyataan memaklumkan kesiahatan Muhammad Adib kembali merosot dengan fungsi paru-parunya yang menurun tahapnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *