NADMA Ramal Banjir Di Terengganu Esok

Penduduk beberapa kampung di Lembangan Sungai Terengganu diminta bersiap siaga untuk menghadapi banjir yang dijangka melanda pada Ahad, 16 Disember ini.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa banjir dijangka bermula jam 12 tengah hari melibatkan kampung-kampung di sepanjang Sungai Berang dan Sungai Telemong.

 

NADMA dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa banjir dijangka bermula jam 12 tengah hari melibatkan kampung-kampung di sepanjang Sungai Berang dan Sungai Telemong.

Sementara itu, di sepanjang Sungai Telemong pula, sembilan kampung tersenarai dalam lokasi yang dijangka akan banjir.

Antaranya ialah Kampung Teris, Kampung Tok Lawit, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, Kampung Kepah dan Kampung Nibong – Astro Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *