Rangkaian Sahabat DMK Lancar Tabung Jihad, Bantu Mereka Yang Memerlukan di Sik

Bagi meringankan beban ditangung penoreh getah di sekitar daerah Sik, Rangkaian Sahabat DMK tampil dengan inisiatif tabung jihad khusus bagi membantu mereka.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Sik Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berkata, langkah segera berkenaan diambil memandangkan keadaan agak kritikal terutama golongan penoreh di kawasan itu yang terkesan akibat kejatuhan harga getah serta musim hujan kebelakangan ini.

Katanya pada peringkat permulaan, beliau sendiri akan menyumbang ke tabung berkenaan yang dijangka dapat membantu 200 keluarga susah apatah lagi sesi persekolahan bermula tidak lama lagi.

Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim

“Kita sedar ada rakan-rakan di Sik dalam kesusahan ekoran keadaan ekonomi dan cuaca. Sekitar 80 peratus penduduk di Sik ini adalah petani dan penoreh getah.

“Mereka tidak dapat keluar menoreh kerana musim hujan. Sesi persekolahan juga akan bermula tak lama lagi, oleh itu saya lancarkan tabung ini untuk membantu saudara kita yang dalam kesusahan,” katanya.

Menurutnya, sasaran kutipan adalah sebanyak RM20,000 dan satu keluarga akan menerima RM200.

Mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 502120213823 (Shukri Harun) dan 164294316690 (Mohd Nursyakimi Sapar).

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 0194298000 (Shukri) atau 0175915881 (Syakimi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *