Mereka Mahu Bersama Yang Berkuasa – Annuar Musa

UMNO tidak mampu menahan wakilnya keluar parti, sekiranya mereka memberi alasan tindakan itu adalah disebabkan kurangnya peruntukan untuk mereka berkhidmat dengan pengundi.

Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu memahami kesukaran wakil rakyat berkenaan, kerana mereka bukan lagi kerajaan yang memerintah.

“Saya telah mendengar pandangan bukan saja dari Ketua-ketua Bahagian dan Pengerusi Perhubungan Negeri, tetapi saya juga telah mengadakan perjumpaan berasingan dengan ketiga sayap parti – pemuda wanita puteri

“Apa yang saya selami, mereka mahu berada bersama yang berkuasa kerana pelbagai perkara memerlukan peruntukan dan kewangan. Dan kita kena terus terang kata kita tak ada wang sekarang kerana semua akaun dibekukan. Apa pun tekanan berkaitan wang yang mereka hadapi, kita tak dapat buat banyak,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan kononnya empat ahli Parlimen UMNO di Sabah akan meninggalkan parti itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *