Malaysia Sekadar Seri Bertemu Vietnam

Harimau Malaya seri 2-2 dengan Vietnam dalam penentuan final pertama di Stadium Negara Bukit Jalil sebentar tadi.

Permainan begitu menarik dipamerkan kedua-dua pasukan dengan Malaysia mengasak pada 20 minit pertama perlawanan melalui Sumareh dan Mat Yo, namun gagal menembusi kubu Vietnam.

Vietnam mendapat gol pada minit ke 21 selepas pertahanan negara gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Gol kedua Vietnam terhasil tiga minit kemudian menerusi percubaan jarak jauh pemain, gagal diselamatkan Farizal.

Malaysia mendapat gol pada minit ke -36 menerusi Shahrul Saad yang menolak masuk hantaran menerusi sepakan percuma.

Skuad kebangsaan menambah gol menerusi Safawi Rashid pada minit ke 59 sekaligus menceriakan penyokong yang memenuhi stadium sejak awal lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *