Tanah Runtuh, Pengguna Jalan Raya Sibu – Bintulu Berisiko

Puluhan pengguna di Kilometer 48 Jalan Sibu-Bintulu terkandas apabila berlaku tanah runtuh pada petang, Isnin.

Difahamkan jalan tersebut merupakan salah satu jajaran Lebuh Raya Pan Borneo yang sedang dalam pembinaan.

Bagaimanapun pihak kontraktor dilaporkan sedang membina laluan sementara.

Ia bagi memudahkan kenderaan kecil untuk melalui kawasan tersebut.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk menggunakan jalan altenatif menerusi Kuala Balingian, Kuala Tatau dan Jepak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *