Wahai Pemimpin, Fitnah Itu Bahaya..Tukarlah Menteri Itu : Yusuf Azmi

“Saya minta tukarlah menteri ini dengan orang lain sebelum perkara lebih buruk berlaku. Jelas apa yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman ini berpunca daripada fitnah orang seperti dia.

“Bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban hidup aman damai sejak merdeka. Penuh keharmonian dan kasih sayang.
Yakinlah wahai pemimpin negara..fitnah ni amat bahaya racunnya..Kalau seorang Menteri Perpaduan boleh mengeluarkan kenyataan fitnah,bohong,menipu yang sedemikian rupa..Jangan kata dia tak bersiap sedia untuk melihat malapetaka di Malaysia berlaku,” kata Aktivis Pengguna dan Ummah Yusuf Azmi.

Katanya, sebelum ini tidak pernah berlaku rusuhan sebegitu teruk sehinggalah video Menteri Perpaduan Nasional, P Waytha Moorthy yang memburukkan negara di luar kembali tular beberapa minggu lalu.

Yusuf berkata, apakah sikap sebegitu patut ditunjukkan seorang pemimpin yang menjaga perpaduan sedangkan dia memfitnah negara sendiri secara terang-terangan.

“Maafkan saya apa yang ingin saya sampaikan bukan untuk mengeruh keadaan..Tetapi disebabkan pengkhianat inilah hura hara berlaku di negara ini..Disebabkan penyebaran berita bohong, fitnah di Belanda dengan mengatakan kerajaan kita mendiskriminasi kaum India memaksa mereka menukar agama dan
kerajaan Malaysia telah menghancurkan kuil India di Malaysia sebanyak 10
sebanyak 23,000 kuil dalam risiko besar inilah maka berlaku keadaan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *