Mahdzir Khalid Dijangka Ditahan SPRM 10 Pagi Ini – Lokman

Datuk Seri Mahdzir Khalid akan ditahan si Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 10 pagi hari ini berhubung tender di Kementerian Pendidikan.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata, sehubungan itu Pemantau Baru akan mengadakan himpunan solidariti jam 9 malam Khamis di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi memberikan sokongan kepada Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO.

“Saya menyeru kepada semua ahli UMNO, pencinta keadilan yang tidak reda dengan satu demi satu penindasan yang dilakukan ke atas kepimpinan UMNO, marilah bersama saya untuk kita berikan sokongan moral kita kepada Datuk Seri Mahdzir.

Sementara itu Lokman berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pula akan ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta sekitar jam 1.30 petang dan mereka yang berkelapangan dijemput hadir memberikan sokongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *