Himpunan Solidariti Untuk Mahdzir Dibatalkan – Lokman Adam

Himpunan Solidariti Untuk Mahdzir Khalid yang dijadualkan berlangsung di perkarangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya malam ini dibatalkan.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Aram berkata, ini kerana beliau menerima kiriman WhatsApp daripada peguam sebentar tadi memaklumkan Naib Presiden UMNO otu akan dibenarkan pulang.

“Peguam Datuk Seri Mahdzir Khalid yang kini masih lagi didalam soal siasat pihak SPRM memaklumkan bahawa dia akan dibenarkan pulang. Oleh yang demikian, perhimpunan yang dijadualkan akan berlangsung malam ini adalah dibatalkan,” katanya.

Namun katanya, sesiapa yang berkelapangan dijemput untuk solat maghrib dan solat hajat berjemaah di kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *