“Yang Tak Boleh Bertahan, Biarkan Sajalah” – Lokman

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mengingatkan ahli parti terutama di peringkat akar umbi supaya tabah dengan isu lompat parti oleh beberapa belas pemimpin kebelakangan ini.

Katanya, hanya mereka yang cekal dan tabah akan berjaya mengembalikan UMNO sebagai pemerintah, satu masa nanti.

“Bulan Disember ini kawan-kawan dalam UMNO kena lebih tabah. Hanya yang cekal dan tabah akan mengembalikan UMNO sebagai pemerintah. Yang tak boleh bertahan biarkan sajalah, masing-masing ada kelemahan masing-masing.

“Yang pasti ahli di peringkat akar umbi masih kukuh. Harap pemimpin yang tinggal akan jadi pembakar semangat kepada mereka. Biar tidak ramai pemimpin yang tinggal, yang pasti, yang tinggal ialah mereka yang tidak tunduk kepada Mahathir atau mereka yang Mahathir guna untuk lemahkan kita dari dalam. Moga Allah selamatkan UMNO” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali bersama beberapa senator yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia apabila mereka menyerahkan borang kepada Dr Mahathir dalam satu majlis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *