“Saya Tidak Keluarkan Kenyataan Begitu – Yusuf Azmi

Aktivis Pengguna dan Ummah, Yusuf Azmi menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung isu rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman dan mengaitkannya dengan ICERD dan pihak tertentu.

Katanya beliau sedar mengenai status Facebook yang kononnya beliau mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu sedang berdepan permainan pihak tertentu dengan isu kuil terbabit.

“Bila saya keluarkan kenyataan begitu. Memang isu ini sensitif dan tidak sepatutnya ada yang mengeruhkannya lagi.

“Saya tidak faham kenapa ada yang mahu mengaitkan, menggunakan nama saya untuk sesuatu yang tidak saya saya sebut. Ini fitnah,” katanya.

Yusuf berkata, orang ramai boleh mengikuti perkembangan mengenai dirinya dan isu semasa di Fecebook Yusuf Azmi selain tidak mengambil bulat-bulat apa yang disebarkan di laman sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *