MIC Tawar Khidmat Guaman, Rawatan Percuma – M Saravanan

MIC menawarkan khidmat bantuan guaman dan pembiayaan kos rawatan percuma kepada mangsa dalam insiden kekecohan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan berkata buat masa ini MIC menyediakan tujuh peguam yang akan membantu memberikan khidmat guaman percuma, lapor Sinar Harian.

“Kita juga akan bantu membayarkan kos rawatan mangsa yang terlibat dalam rusuhan tersebut,” katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.

Tambah Saravanan lagi, khidmat bantuan guaman percuma ini ditawarkan kepada pihak kuil, belia, anggota beruniform ia sebagai bentuk sumbangan MIC kepada mangsa dan pihak yang terlibat dalam insiden kecoh tersebut.

“Bahkan ada juga mangsa yang ditahan, kita kena bagi bantuan guaman kepada mereka.

“Malah MIC juga akan bantu kakitangan awam dan buat masa ini barisan peguam sedang jalankan kajian secara mendalam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *