MIC Sedia Bantu, Harap Beri Masa Kepada Autoriti Jalankan Siasatan

Pimpinan MIC, mewakili masyarakat India tampil memberikan reaksi berhubung isu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman sejak tiga hari lalu.

1. Tindakan melulu dari sekumpulan orang terhadap petugas bomba, kenderaan awam dan harta persendirian adalah tindakan yang patut dikutuk oleh semua orang.

2. Kami berharap pihak polis akan ambil tindakan yang sewajarnya dalam masa terdekat terhadap mereka yang didapati bersalah menganggu penjawat awam dari melaksanakan tugas mereka.

3. Kami juga berpandangan bahawa pihak polis perlu diberi masa yang sewajarnya bagi menyiasat dan menyelesaikan isu ini, tindakan untuk terus menunding jari dan menyalahkan sesiapa tidak akan memberi sebarang manfaat kepada sesiapa pun.

4. Kami mendoakan agar Muhd Adib Mohd Kassim, anggota Unit Bantuan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya cepat sembuh. Perkembangan semasa keadaan beliau adalah keutamaan kami semua.

5. Kami sedia membantu demi kepentingan bersama negara dan mesyarakat ini dan di harap semua rakyat Malaysia bersabar dan bersatu padu dalam keadaan yang mendukacitakan ini.

Tan Sri Vigneswaran
Yang Di Pertua Dewan Negara, Presiden MIC

Datuk Seri M Saravanan
Ahli Parlimen Tapah, Timbalan Presiden MIC

Datuk Sivarraajh Chandran
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Naib Presiden MIC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *