Jangan Keruhkan Lagi Keadaan – Yusuf Azmi

“Saya harap jangan melampau lampau. Kita sedang menyiram air ke dalam api tapi masih ada yang cuba letak petrol.

“Pihak PDRM mohon siasat dan ambil tindakan siapa yang melakukan perkara biadap seperti ini..Saya pasti ada permainan yang sedang disusun kerana isu semasa yang sedang hangat” kata Aktivis Pengguna dan Ummah Yusuf Azmi.

Beliau mengulas tindakan pihak tertentu yang meletakkan tulang babi di dua surau di Melaka dua hari lalu dipercayai cuba mencetuskan sensitiviti kaum di negara ini.

Katanya, sepatutnya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, malah ia perlu ditangani secara bijak mengikut lunas undang-undang.

“Ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan.Saya cuma berpesan jangan minta perkara yang tak sepatutnya. Di negara kita ada peraturan jalan raya.

“Hijau untuk teruskan perjalanan, kuning berhati hati, merah jangan dilanggar,” katanya menerusi Facebook.

Dalam kejadian itu, dua surau di Serkam, dicampak ketulan daging dipercayai daging babi beserta nota oleh individu tidak bertanggungjawab awal pagi kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *