“Itulah Risiko Yang Kami Hadapi Ketika Bertugas -Syafiq Farhain

“Tak sangka dia cedera ketika menjalankan tanggungjawab. Bagaimanapun itu adalah risiko yang harus kami hadapi,” kata penyanyi Syafiq Farhain.

Dia yang juga anggota bomba, bersimpati dengan nasib yang menimpa salah seorang Muhammad Adib Mohd Kassim yang kini kritikal akibat diserang perusuh.

Syafiq tidak menyangka kejadian sebegitu berlaku namun akur dengan tugasan yang sentiasa berhadapan dengan risiko.

“Ketika membaca berita ini saya sangat terkejut dan simpati dengan nasib yang menimpa Muhammad Adib”

“Saya turut kecewa dengan kejadian berkenaan dan masyarakat perlu lebih menghormati bidang tugas unit beruniform,” katanya.

Katanya, tindakan perusuh mencederakan anggota beruniform yang mahu memadamkan kebakaran adalah keterlaluan dan tidak seharusnya berlaku.

“Anggota bomba sekadar menjalankan tugas dan amat diperlukan dalam apa juga situasi kecemasan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *