Peluang Beramal Untuk Bantu Yazit Search

Berita baik buat semua peniaga yang ingin menjana pendapatan di Uptown M3 Mall, Taman Melati, Kuala Lumpur. Pihak Double Twos Resources kini membuka peluang kepada mana –mana peniaga yang berminat dan berpengalaman untuk menjual produk mereka seperti makanan, pakaian, aksesori dan sebagainya.

Pada masa sama peniaga terlibat berpeluang untuk beramal bersama bekas pemain dram kumpulan Search, Yazit. Beliau yang juga duta Up Town M3 Mall, akan bersama-sama buskers yang terlibat membuat persembahan di sana.

Sebahagian bayaran sewa peniaga akan disumbangkan kepada Yazit yang sedang menghidap sakit buah pinggang bagi membantunya dalam menjalani rawatan dialisis dan kos perubatan.

Selain Yazit, sumbangan juga akan diberikan kepada golongan artis lain yang memerlukan bantuan. Sambil membeli barangan keperluan dan berhibur, orang ramai yang hadir juga boleh menderma seikhlas hati setiap kali persembahan Yazit diadakan. Program ini turut mendapat sokongan padu dari Konsortium Idustri Rakaman Muzik Malaysia atau singkatannya IRAMA.

Kepada peniaga, jangan lepaskan peluang ini! Anda tidak perlu bimbang kerana kos sewaan yang berpatutan ditawarkan selaras dengan kos sara hidup masa kini.

Lot yang ditawarkan adalah 12 lot Food Truck berharga RM1100 setiap lot, 15 lot gerai makanan berharga RM850 setiap lot dan 45 lot gerai pakaian berharga RM650 setiap lot.

Kemudahan buat peniaga dan pengunjung adalah parkir kenderaan dan tandas yang disediakan oleh M3 Mall. Selain itu, terdapat aktiviti hiburan oleh buskers jemputan serta karaoke turut disediakan penganjur. Tidak lupa, publisiti di laman sosial facebook dan instagram oleh pihak penganjur.

Semua peniaga boleh menjalankan perniagaan bermula 1 Disember 2018 ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi urusetia HSKLCC Resources di talian 013-3242799 (Rosli) atau 012-2195741 (Haizam)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *