Mahdzir Akan Ditahan Di SPRM Khamis – Lokman

Seorang lagi pemimpin kanan UMNO akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat ini berhubung tender di sebuah kementerian.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata, beliau difaahamkan bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid akan ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Khamis ini.

Katanya sehubungan itu Pemantau Baru akan mengadakan himpunan solidariti jam 9 malam Khamis di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi memberikan sokongan kepada Mahdzir yang juga Naib Presiden UMNO.

“Saya menyeru kepada semua ahli UMNO, pencinta keadilan yang tidak reda dengan satu demi satu penindasan yang dilakukan ke atas kepimpinan UMNO, marilah bersama saya untuk kita berikan sokongan moral kita kepada Datuk Seri Mahdzir.

“Pada keesokan harinya itu selepas solat Jumaat harap kita dapat berkumpul beramai-ramai ke mahkamah untuk kita menyatakan sokongan apabila beliau dihadapkan untuk proses pendakwaan,” katanya.

Lokman berkata, beliau turut berharap pemimpin UMNO serta ahli parlimen yang dipujuk oleh pimpinan PH supaya kuat semangat dan terus berdiri teguh serta tidak tunduk dengan desakan Tun Dr Mahathir.

Lokman turut mengulas kemungkinan akan ada lagi pemimpin UMNO yang akan berdepan tuduhan dan tindakan kerana ia memang sudah dijangkakan.

“Kerajaan PH memang terdesak sekarang ini. Selepas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid, Tengku Adnan, mereka akan terus mensasarkan pemimpin UMNO untuk melemahkan semangat ahli. Ini yang kita kena tahu,” katanya.

 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=454083601784377&id=125139321452146

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *