Luahan Hati Ketua Pemuda UMNO Damansara

MEMBINA MEMAKAN MASA, MENGHANCUR SEKELIP MATA

Masa depan Malaysia ini dipinjamkan kepada kita dari generasi masa depan dan diamanahkan kita bersama untuk menjaganya sebelum diserahkan semula kepada mereka. Terlalu rugi jika ianya dikorbankan begitu sahaja, kerana penat lelah dan perit jerih yang telah dikorbankan selama ini demi sebuah perpaduan dan keharmonian hasil kemerdekaan yang diperjuangkan.
.
Di luar sana terlalu ramai pihak yang mencemburui Malaysia, malah dijadikan idola untuk membina peradaban sebuah negara bangsa. Tidak dinafikan adakalanya kita terguris rasa dan terkecil hati, namun dalam hal ini antara ego dan emosi sama sekali kita perlu letakkan ketepi.
.

Amin Shukor

Mencari siapa yang menang dan terus berbalah yang tidak bekesudahan tiada untungnya, kerana dalam ketika ini sudah pasti ada pihak yang akan menangguk di air yang keruh memperjudi nasib mencari untung. Apa juga alasan dan ceritanya, asas utama perlu menjadi keutamaan adalah bertenang dalam menghadapi konflik dan ujian. Perlu diperhalusi sebab dan akibat dari sebuah kisah ego yang tidak berkesudahan.

Malaysia akan hilang serinya jika diteruskan segala perbalahan, Malaysia akan hilang nilainya jika kita semua termakan segala hasutan-hasutan yang merugikan, malah Malaysia akan hilang harga dirinya jika segala ego dan emosi ini tidak mampu kita redakan.

Tidak mengapa, sama-sama lah kita berkorban kerana bagi saya ketika ini semua pihak akan berasa betul dan inginkan kemenangan, tetapi di mana pengkahiran yg kita mahukan???…adakah kita mahukan Malaysia yang terus menerus gemilang atau adakah kita ingin melihat Malaysia diselubungi ‘kegelapan’ yang rakyatnya menjalani hari-hari mendatang penuh ketakutan dan kebencian???.
.
Ayuh rakyat Malaysia, jangan kerana pihak-pihak tertentu yang ‘berkepentingan’ nilai maruah keharmonian Malaysia ini kita gadaikan. Jangan kerana sebilangan kecil pihak yang cuba mengambil kesempatan kita benarkan maruah Malaysia ini di’lacurkan’.
.
Ayuh bangkit semaikan keamanan, kekalkan keharmonian dan teruskan perpaduan…ayuh Malaysia Bangkit!!!

Love • Unity • Harmony

Amin M.Shukor
Naib Ketua Pemuda UMNO
Negeri Selangor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *