Wanita Ditahan Bantu Kes Dera Dua Bayi

Polis menahan seorang wanita bagi membantu kes dera dua bayi lelaki di Kajang pada 22 November lalu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat, wanita berkenaan ditahan di Kapar, Klang, pada 5.45 petang tadi.

“Seorang wanita berusia 31 tahun, daripada Bandar Baru Bangi yang bekerja sebagai pengasuh taska telah di tahan di Kapar Kelang pada jam 5.45 petang tadi.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bersabit kes penderaan 2 orang bayi di sebuah taska di Desa Saujana Kajang yg dilaporkan pada 23 November lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 4.30 petang itu, dua bayi lelaki masing masing berusia 5 dan 7 bulan mengalami kecederaan dipercayai akibat didera.

Ia selepas ibu bapa mangsa bayi pertama menyedari anak mereka mengalami muntah setelah diambil dari taska berkenaan.

Hasil pemeriksaan di Hospital Putrajaya mendapati terdapat kesan lebam serta cakar di bahagian badan dan leher mangsa.

Manakala seorang lagi mangsa didapati mengalami kesan lebam di leher.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *