IMIGRESEN KEDAH TAHAN 22 WARGA ASING

Dua puluh dua warga asing yang sedang nyenyak tidur, terpinga-pinga apabila rumah sewa mereka diserbu anggota Imigresen, malam tadi.

Dalam serbuan bermula 12.30 tengah malam selama lima jam itu, semua mereka yang terdiri dari lima lelaki, lapan wanita serta sembilan kanak-kanak berusia setahunhingga 53 tahun gagal melarikan diri.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, Op Mega 3.0 itu membabitkan 16 anggota yang dilakukan di dua lokasi di sekitar bandar ini

“Lokasi serbuan adalah rumah di Jalan Mawar, Persiaran Aman Jaya,dan di Flat Paya Nahu, di sini.

“Seramai 59 orang diperiksadan pemeriksaan lanjut menahan 22 warga asing iaitu 19 adalah warga Kemboja dan selebihnya adalah warga Indonesia,” katanya.

Zuhair berkata, semua yang ditahan didapati tidak memiliki permit perjalanan yang sah, membenarkan warga asing yang melakukan kesalahan berada dalam premis dan menetap lebih masa.

Katanya, kes akan disiasatdisiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Kesemua yang ditahan akan dibawa ke depot Belantik untuk siasatan lanjut,” katanya.

 

CREDIT HARIAN METRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *