Perhimpunan Kebangkitan Ummah di Pasir Salak Sabtu ini

Satu himpunan dikenali Perhimpunan Kebangkitan Ummah akan diadakan di Pekan Kampung Gajah Pasir Salak 17 November ini.

Ia akan menghimpunkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin dari kedua-dua parti.

Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi Kerajaan UMNO Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berkata, sehubungan itu pihaknya menjemput semua ahli Pemantau Malaysia Baru dan Laskar Jihad UMNO ke perhimpunan itu.

“Himpunan ini adalah medan untuk kita menunjukkan perpaduan dan penyatuan kita bagi menghadapi kerajaan zalim Tun Dr Mahathir.

“Ia akan membangkitkan semangat rakyat yang terus ditipu dengan janji palsu Pakatan Harapan. Saya harap orang ramai dapat turun bagi memberikan sokongan,” katanya.

Himpunan berskala besar bagi UMNO dan PAS ini diadakan kali kedua selepas Julai lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *