janganlah biar sampai “Ayam semua mati sereban, hari akan tetap siang juga”

Tindakan ADUN Guar Cempedak, YB Dato Dr Ku Rahman Ku Ismail yang keluar dari UMNO dan menjadi ADUN bebas semasa sidang DUN Kedah sedang berlangsung bukan saja satu tindakan tidak bermaruah, malah melambangkan nilai perjuangan yang goyah lagi lemah.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Kedah Kedah Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata,  beliau juga jelas mengkhianati amanah dan kepercayaan parti UMNO yang selama ini memberinya peluang selama 3 penggal dicalonkan selaku ADUN kawasan terlbat dengan segala biaya, perbelanjaan pilihanraya ditanggung sepenuhnya oleh parti. Walaupun beliau tidak mempunyai jawatan di peringkat bahagian, UMNO terus memberi peluang kepada beliau walaupun ramai lagi di kalangan pemimpin UMNO di Bahagian Jerai yang layak bertanding.

Katanya usaha parti yang meletakkan Ku Rahman selaku EXCO kanan kerajaan Negeri Kedah selama sepenggal langsung tidak dikenang dan dihargai.

“Perbuatan tidak bermaruah dengan mempergunakan parti untuk kepentingan diri ibarat habis madu sepah dibuang.Ianya bukan lambang pemimpin sejati kerana nyata menipu pengundi yang telah memilihnya atas tiket BN.

“Jalan terbaik bagi membolehkan Ku Rahman dilihat lebih “gentleman” dan bermaruah ialah dengan meletakkan jawatan selaku ADUN bagi memberi laluan PRK diadakan.Ku Rahman boleh bertanding semula atas tiket bebas jika benar pengundi memilihnya atas kapasiti dan wibawa diri, katanya.

Menurutnya, dalam kes ini juga Pemuda UMNO Kedah meminta pihak berkuasa turut menyiasat kemungkinan wujudnya elemen suapan dan rasuah dari parti kerajaan berhubung pengumuman YB Guar ini. Nyata pendiriannya yang menjadi ADUN bebas dan mengumumkan sikap untuk menyokong kerajaan PH memberikan kelebihan kerusi majoriti pada PH Kedah yang sebelum ini memiliki kerusi yang sama dengan pihak pembangkang yakni 18. Tindakan menjadi bebas di saat desas desus ada pemimpin PH sendiri mahu menyongsang untuk tidak meluluskan bajet Kedah 2019 juga menimbulkan persoalan beliau dipengaruhi mahupun ditawarkan untuk belot kepada UMNO.

“Kita juga mendesak agar YB Presiden parti lebih peka dengan isu keluar parti ini kerana dikhuatiri lama kelamaan, ADUN dan MP dari UMNO/ BN akan turut mengambil langkah yang sama sepertimana yang telah berlaku sebelum ini. Semasa perhimpunan Agung UMNO dinyatakan tindakan saman akan diambil terhadap wakil rakyat yang lompat tapi sehingga sekarang tiada satu tindakan saman telah diambil,” katanya.

Syed Mohd Johan berkata tindakan Ku Rahman secara mengejut ini juga turut membayangkan kelemahan pimpinan Pengerusi BADAN PERHUBUNGAN UMNO Kedah yang datang dari satu kawasan Parlimen yang sama dengan YB Ku Rahman.

Ini kerana mekanisme tertentu perlu segera diusaha bagi mengekang, mencegah tindakan keluar parti seperri yang berlaku.Ini kerana ianya jelas menjejaskan moral ahli yang lain, memalitkan maruah parti dan membuka ruang pada pihak kerajaan untuk terus menekan dan memperlekehkan UMNO.

*Episod Dr Ku Rahman ini sama seperti episod Datuk Mustapha Mohamed. Ibarat Tok Pa junior beliau ini. Keduanya bekas pentadbir yang kemudian dibawa masuk ke arena politik sebagai setiausaha politik dan kemudian di beri peluang bertanding sebagai Adun dan selepas itu dilantik ke kabinet persekutuan/negeri. Jiwa mereka bukanlah totok UMNO, dan berjiwa perjuang parti. Dan sekarang bos kedua mereka itu sudah menjadi orang Bersatu,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *