“Saya Dah Kata Tak Boleh Buat, Kita Tertipu Lagi” – Shamsul Anuar Nasarah

Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

 

Berjanji, gagal laksana, kemudian minta maaf. Itu cara kerajaan PH menipu rakyat dan berterusan menyalahkan kerajaan terdahulu.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sejak dulu lagi PTPTN sudah tahu bahawa sukar untuk melaksanakan polisi memulakan bayaran di tangga gaji RM4000.

Katanya, ketika BN memerintah, pegawai sudah dihantar ke luar negara mengkaji pelbagai perkara termasuk cadangan ini.

“Jadi PTPTN sudah tahu ianya sukar kerana membebankan PTPTN.

“Namun, dengan hebatnya Pengerusi PTPTN kerajaan PH umumkan akan lakukan reformasi pada PTPTN. Saya pun teruja juga mahu mengikutinya sebab mungkin ada idea baik yang akan Wan Saiful bawa gagal saya lakukan sewaktu saya mengendalikan PTPTN. Namun ” permohonan maaf ” yang kita dengar hari ini. ,” katanya dalam satu kenyataan.

Shamsul Anuar berkata, sejak zaman BN, PTPTN telah ke arah menjadi ” badan pembiaya pendidikan utama ” di Malaysia dan pelbagai jabatan dan agensi yang menyediakan dana pinjaman pendidikan mendapat khidmat nasihat dan bekerjasama dengan PTPTN.

Malah katanya, negara luar telah datang mengkaji apa yang PTPTN lakukan dan mereka meminta bantuan dan pandangan PTPTN bagaimana mahu laksanakan termasuk mengenai Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPNi ).

“Ini menunjukan segala polisi dan dasar PTPTN adalah baik. Namun saya tidak nafikan penambahbaikan perlu dibuat.

ā€¯Sehingga hari ini pada saya tiada suatu dasar baru yang jelas Wan Saiful lakukan pada PTPTN. Di zaman BN kita lakukan pelbagai pendekatan dan saya ingat pelbagai sesi Sidang Meja Bulat PTPTN lakukan dengan pelbagai pihak. Kita punyai banyak cadangan dan semua dikaji oleh PTPTN. Sebab itu, PTPTN semasa BN hanya laksanakan yang baik untuk semua rakyat sahaja kerana kita mahu menjaga semua kelompok dan golongan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *