Bajet 2019 ‘Hukum’ Melayu Luar Bandar – Shamsul Anuar Nasarah

Ahli UMNO dan rakyat Malaysia amnya perlu mengambil iktibar dari apa yang berlaku natijah dari PRU-14.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, UMNO dan BN selama ini memperjuangkan kepentingan semua kaum, baik Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli dan lain-lain termasuk masyarakat pelbagai kaum di Sabah dan Sarawak.

“Saya percaya UMNO yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara ini mampu bangkit menjadi lebih kuat jika kita terus berpadu.

Inilah kali pertama belanjawan negara dibentang oleh pemimpin DAP,” katanya kepada jentera akar umbi UMNO di Alor Setar.

Dr Shamsul berkata, jika diteliti Belanjawan 2019, ia adalah satu bentuk hukuman kepada rakyat di luar bandar yang kebanyakannya tidak menyokong kerajaan PH di PRU14 lalu.

“Secara serius tidak disebut dalam Belanjawan 2019 bagaimana untuk membela kaum nelayan, petani dan pekebun kecil yang kebanyakannya Melayu dan Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar. Kita boleh nilai dan nampak mereka tidak menunaikan janji PRU14 dalam Bajet 2019.

“Saya mantan Pengerusi PTPTN. Saya tahu banyak perkara mengenai PTPTN. Apa yang mereka kata tidak baik sebelum ini mengenai PTPTN, hari ini mereka teruskan. Ini bermakna apa yang PTPTN buat selama ini di zaman kerajaan BN adalah betul.

“Dulu mereka berjanji tak perlu bayar PTPTN selagi gaji belum melepasi RM4,000 sebulan. Namun dalam belanjawan 2019 mereka tetap dan wajibkan anak muda yang meminjam PTPTN perlu bayar hutang bila gaji RM1,000 sebulan. Ini bermakna mereka membohongi anak muda,” katanya.

Ahli Parlimen Lenggong itu turut mengajak seluruh jentera UMNO mendekati dan menyelami suara hati rakyat terutama orang Melayu supaya bangkit bersama.

Katanya, UMNO mesti menjadi parti yang berjuang dan membela rakyat secara keseluruhannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *