ICERD: NGO Buat Protes Aman di Parlimen Esok

 

Pimpinan UMMAH bersama gabungan NGO akan mengadakan satu protes aman di hadapan parlimen 11 pagi esok.

Ketua Sekretariat UMMAH, Aminuddin Yahya berkata, pihaknya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen berhubung cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang mahu kerajaan menanda tangani perjanjian ICERD Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu yang akan menghapuskan hak Bumiputera dalam perlembagaan Malaysia.
Katanya, kini ada kalangan ahli kabinet yang bersekongkol dan mahu kuasa asing mencampuri urusan politik negara ini sehingga orang Melayu terpaksa menanggung derita.

“Seterusnya, negara seolah olah mahu menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada PBB dan proksi Amerika serta Yahudi. Kini nyata kerajaan telah gagal mentadbir negara dengan baik serta gagal menjaga hak Bumiputera,” katanya.

Hebahan mengenai himpunan itu turut dikongsi Penasihat Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia Yusuf Azmi yang meminta orang ramai hadir bagi menyatakan sokongan kepada usaha berkenaan.

“Kami menyeru rakan-rakan pemimpin NGO Islam yang berkelapangan agar dapat hadir bagi menyokong protes ini demi kepentingan umat Islam dan generasi kita” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *