LIANG MIANG kena tahann

Lelaki miang yang dirakam melakukan aksi tidak senonoh di dalam tren transit aliran ringan (LRT) pada 23 Oktober lalu sudah ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, suspek ditahan dua anggota polis bantuan yang terserempak dengannya ketika bertugas di Stesen LRT Universiti, di sini, jam 9.20 pagi.

Katanya, sebelum ditahan dua anggota polis bantuan itu terlebih dulu menghantar gambar suspek kepada mangsa bagi tujuan pengecaman.

“Mangsa kemudian mengesahkan yang lelaki terbabit adalah suspek sama yang melakukan perbuatan mengaibkan di depannya dalam kejadian dalam LRT pada jam 8.23 pagi, Selasa lalu.

“Susulan itu, suspek kemudian ditahan dua anggota polis bantuan sebelum diserahkan ke Balai Polis Pantai untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *