Kes Prabu: Pesanan Terakhir Sebelum Ke Tali Gantung

“JANGAN terbabit dengan dadah”. Itulah pesanan terakhir rakyat Malaysia, Prabu Pathmanathan, yang dihukum mati atas kesalahan mengedar dadah di Singapura, hari ini.

Mesej berkenaan dikongsi dalam laman Facebook yang diwujudkan rakan Pathmanathan menggunakan nama ‘We Believe in Second Chances’, beberapa jam selepas mendiang dihukum mati.

Turut dikongsi dan dimuat naik dalam laman Facebook berkenaan adalah beberapa gambar Pathmanathan di dalam penjara, dipercayai diambil buat kali terakhir sebelum dihukum mati.

Gambar berkenaan menunjukkan Pathmanathan dalam keadaan tenang memakai baju-T berwarna biru dan skaf kepala putih.

Dalam kenyataan di laman Facebook, rakan Pathmanathan yang menjadi rakan terakhir melawat mendiang bersama abangnya, berkata Pathmanathan mahu kisahnya disiarkan supaya orang ramai mengetahuinya.

“Dia berharap dapat menggesa semua orang untuk tidak terbabit dalam dadah,” kata rakannya dalam kenyataan dimuat naik dalam Facebook itu.

Pada 31 Disember 2014, Pathmanathan, 31, dihukum mati selepas didapati bersalah mengedar 227.82 gram diamorphine atau heroin ke republik berkenaan.

Pathmanathan dihukum mati selepas rayuan terakhirnya kepada Presiden Singapura, Halimah Yacob, tidak diterima.

 

  • SUMBER HARIAN METRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *