Banjir Di Hilir Perak

IPOH – Mangsa banjir di Perak kekal 223 orang daripada 61 keluarga yang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak, setakat 9 pagi ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Jong itu yang dibuka sejak Rabu menempatkan sebanyak 52 lelaki, 67 wanita, 59 kanak-kanak lelaki dan 45 kanak-kanak perempuan.

Mangsa banjir berkenaan adalah dari Kampung Batu 7, Batu 8 dan Kampung Batu 9 ekoran limpahan air Sungai Bidor berdekatan.

Semalam, tiga PPS secara rasminya ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Matang Gelugor dan Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok, Trong; kedua-duanya di daerah Larut Matang Selama, dan Dewan Orang Ramai Kampung Tebing Tinggi di Kampar. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *