Apa Agenda Dan Siapa Di Belakang Asyraf Wajdi? – Lokman

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempunyai agenda tersendiri dan tersembunyi berhubung isu meminta presiden parti bercuti.

Ia berikutan tindakan Asyraf yang tidak memberikan sebarang maklum balas ketika ditanya kenapa beliau sebagai ketua sayap membuat keputusan berbeza dengan apa yang diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini.

“Bila Faiz Hashim, Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota mengeluarkan poster kenyataan Asyraf yang menuntut pemimpin yang didakwa jangan mengheret parti bersama masalah peribadi mereka, saya sendiri bertanya Asyraf menerusi WhatsApp kenapa Faiz berbuat demikian, namun tidak dijawab.

“Poster tersebut yang turut tag beliau lebih sehari langsung tidak di untag atau dipadam. Itu pun sudah boleh dianggap sebagai pendirian sebenarnya. Bila saya jumpa beliau di mahkamah, saya telah tanya Asyraf kenapa Faiz mengeluarkan poster tersebut, sekali lagi Asyraf gagal memberikan jawapan.

Saya mula merasakan Asyraf mempunyai agenda tersembunyi, apabila beliau menggerakkan Ketua Pemuda negeri untuk mendapatkan sokongan Ketua Pemuda Bahagian bagi meminta Presiden bercuti. Ini menyebabkan saya menghantar isyarat yang jelas beserta penerangan panjang lebar mengapa Presiden tidak perlu direhatkan,”katanya.

Lokman berkata, dia tahu Asyraf tidak bertindak sendirian, malah ada orang di belakangnya yang menggunakan imej beliau sebagai agamawan bagi mendapatkan sokongan rakyat dalam menumbangkan Ahmad Zahid.

“Walaupun tindakan beliau telah dikecam hebat oleh ahli-ahli UMNO semalam, beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan untuk mendesak Presiden bercuti tadi. Ini bukan lagi soal berbeza pendapat, keangkuhan meyakinkan saya bahawa desakan beliau adalah sebahagian dari agenda besar untuk menyingkirkan Presiden,” katanya.

Menurut Lokman, beliau tidak fahamengapa Asyraf tidak boleh menerima keputusan mesyuarat MT pertama, MT ketiga dan Perjumpaan Khas MT yang telah membincangkan keputusan sekiranya pemimpin atau ahli UMNO didakwa du mahkamah.

“Mesyuarat pertama sudah memutuskan bahawa semua pendakwaan akan dianggap dakwaan politik dan semua kekal, tak perlu cuti atau letak jawatan. Namun, kerana ada yang tak faham bahasa, sekali lagi isu ini dibangkitkan dalam mesyuarat MT ketiga. Namun bila Presiden sudah terima notis serah diri, Perjumpaan Khas MT sekali lagi membincangkan apa pendirian MT, ternyata kalau sudah tiga kali buat keputusan ni, pasti ada agenda tersurat yang sangat mencurigakan.

“Kalau ada pendirian, masa MT bentanglah, kenapa diam tak cakap apa-apa. Boleh pula buat sidang media umumkan pendirian Pemuda UMNO,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *