“Kenyataan Asyraf Wajdi Undang Perpecahan Dalam Parti” – Lokman Noor Adam

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyeru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti seketika jawatan presiden sementara menunggu perbicaraannya di mahkamah selesai, hanya mengundang perpecahan dalam parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia juga bukan langkah yang boleh menjamin kekuatan UMNO, malah turut meletakkan jawatan sebagai ketua pemuda yang gagal.

Katanya, Pemuda UMNO sebagai sayap sepatutnya menjadi kepala dalam memperjuang nasib rakyat dan mempertahankan agama Islam, hak Melayu, bahasa Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

“Tetapi malangnya ketika Presiden kita ditindas dan ditekan oleh Mahathir, kita pula menjadi bangsat dan meminta presiden untuk bercuti. Agenda siapa ini, Asyraf?” katanya.

Minggu lalu, Ahmad Zahid didakwa dengan 45 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan berjumlah lebih RM42 juta serta 27 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah lebih RM72 juta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *