Operasi SAR Mangsa Tertimbus Dihentikan Jam 7 Malam Ini

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong di sini dihentikan pada jam 7 malam tadi berikutan berlaku pergerakan tanah.

Sehingga ini, selepas lebih 30 jam operasi tersebut dijalankan, empat mayat mangsa telah dikeluarkan dari timbunan tanah di lokasi kejadian.

Timbalan Komander SAR, Mohd Tarmizi Md Jaafar memberitahu wartawan, mayat keempat yang dikenal pasti sebagai Bahtiar dari Indonesia, ditemui sekitar jam 11.45 pagi tadi.

Sementara itu, tiga lagi berjaya diselamatkan walaupun mengalami kecederaan.

Semua anggota operasi SAR bertungkus-lumus meneruskan pencarian dan dalam masa yang sama usaha mereka sentiasa dipengaruhi faktor cuaca dan pencahayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *