MB Selangor Bongkak -Amin Shukor

*’BONGKAK RIAK MB SELANGOR’*

Jarang sekali saya mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada kerajaan sejak kemenangan PH pada PRU 14 lepas. Sebenarnya saya sendiri menonton ketika ucapan YAB MB Selangor di live FB pada jelajah Malaysia Baru yang lalu peringkat edisi negeri Selangor.

Menarik perhatian saya apabila kenyataan bongkak ini keluar dari mulut seorang YAB MB yang perlantikannya penuh teka teki dan kontroversi kroni, walaupun beliau sebenarnya mengulangi semula petikan ini dari YB Azmin Ali namun, yang jelas ‘kedangkalan’ YAB MB ini jelas amat riak dan angkuh.

Sebagai ahli UMNO dan pemimpin kecil parti, saya menerima dengan hati terbuka keputusan penolakan rakyat pada PRU 14  lalu dan ‘kemenangan yang ditangguhkan’ ini memberikan kami ruang lingkup yang lebih baik untuk bermuhasabah bagi terus memperbaiki perkhidmatan dan penerimaan masyarakat pada masa akan datang khususnya anak muda.
.
Kealpaan serta mungkin beberapa kesilapan dari kesan pentadbiran yang lama menjadikan rakyat melakukan penolakan pada PRU yang lepas. Ingin saya ingtkan kepada YAB MB, di saat terkeluar kenyataan ini pada satu ketika dahulu sikap riak dan sombong ini telah kami lalui pengalamannya.
.
Perlu diingat, bahawa roda kehidupan ini akan kembali berpusing apatah lagi rutin pusingan politik ini akan tiba masa utk diaudit oleh rakyat iaitu PRU yang akan datang. Sikap bongkak dan sombong YAB MB ini bukan contoh terbaik sebagai seorang pemimpin dan apatah lagi utk dijadikan ikon kepada anak muda.
.
Bagi saya, soal ideologi politik dan pembawakan parti itu adalah pilihan dan medium halatuju dalam perjuangan masing-masing. Saya sentiasa meraikan perbezaan dan mengharmonikan setiap pilihan individu, namun dari segi soal prinsip dan integriti kemanusiaan jelas memperlihatkan ‘ketidakbijaksanaan’ YAB MB ketika berhadapan dengan ribuan penilai dan mata yang memandang serta telinga yang mendengar.

Amin Shukor

.
Bagi saya jelas kedangkalan ini tiada bezanya dengan ‘trend’ kedangkalan pak-pak menteri barisan kabinet PH yang ada ketikanya mulut lebih cepat dari akal dan menjadikan pemikiran tersasar dari bijak tetapi mencerminkan ‘ketidakcerdasan’ menghadapi situasi. Adakah ini suratan atau sekadar kebetulan???
.
Menghina dan mencaci bukan pilihan terbaik kerana sebagai pemimpin parti dan wakil kepada rakyat cerminan sikap menjadi ukuran dan khidmat bakti menjadi jasa kepada rakyat untuk dinilaikan. PRU 14 menjadi medan ukuran yang memberikan saya seribu satu pengajaran untuk semangat ini dipulihkan. Insha Allah sebaik semampu mungkin UMNO ini akan segera bangkit kerana sudah banyak timbul segala coretan penyesalan kepada satu pilihan retorik janji yang takkan ditunaikan.
.
Kepada YAB MB Selangor, ingin saya titipkan… teruskan segala keangkuhan dan riak sombong barisan kalian kerana bagi kami pengalaman sudah cukup mematangkan. Perlu diingat wahai YAB MB juga manusia biasa dan kita juga sama manusia yang bersifat dengan lumrah ketidaksempurnaan. Roda ini akan berpusing sehingga waktu sendiri yang akan menentukan.
.
Bagi saya kemenangan kami cuma ditangguhkan, agar pengajaran dari sebuah penolakan mengubah menjadi proses muhasabah untuk menjadi lebih baik dan bangkit dari kealpaan. Kami terima tragedi penolakan dan percayalah
.
Kami dah belajar dari sebuah kesilapan….jadi nantikan!!!!

 

*Amin Mohd Shukor*
Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Damansara

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *