Pertubuhan Berbaiah Tubuh Parti Politik

Menjadi alternatif kepada parti politik sedia ada,  Parti Perpaduan Nasional (PPN) atau ‘parti bawah pokok’ menjadi satu lagi parti politik baharu yang ditubuhkan, membawa suara rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU-14).

Situasi politik semasa yang menimbulkan perpecahan mendorong pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berbaiah di negara ini tampil dengan parti sendiri.

Presiden Penaja PPN, Datuk Abdul Halim Ali berkata, persoalan semasa seperti kos sara hidup, pembelaan kepada orang Melayu serta institusi diraja mendorong penubuhan PPN yang mendapat sokongan dua juta ahli di seluruh negara.

Barisan pimpinan PPN Pada Sidang Media Bawah Pokok di Tasik Titiwangsa

“Sejak dulu institusi Ayahanda dan pertubuhan berbaiah menjadi alternatif kepada rakyat yang inginkan perpaduan.

“Penubuhan parti ini adalah rentetan situasi selepas PRU-14 yang menyaksikan rakyat semakin berpecah belah dan tertekan dengan kos sara hidup, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

“NGO berbaiah merasakan kini sudah tiba masanya bagi kami menggunakan wadah politik untuk menyuarakan isi hati rakyat terbanyak,” katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Sementara itu Setiausaha Agung Penaja PPN, Yahya Long Ali, berkata pihaknya telah menghantar permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 23 Julai lalu dan kini masih menunggu kelulusan jabatan tersebut

“Visi dan misi perjuangan PPN adalah untuk membawa suara rakyat kepada pemerintah sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, memperjuang kepentingan awam, memperjuangkan isu kemanusiaan, ekonomi, politik, budaya dan sebagainya untuk kesejahteraan rakyat.

“PPN akan bergerak bersendirian tanpa memihak kepada mana-mana pakatan politik sedia ada supaya lebih bebas untuk membawa suara rakyat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *