Azab 30 Bulan Dikejar Along Berakhir

Sengsara seorang peminjam along sejak 2012 menemui noktah apabila kesnya diselesaikan Perunding Masalah Ceti Haram (PMCH), minggu lalu.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, berkata, dia membuat pinjaman dengan dua along dengan jumlah tuntutan RM42,000, lebih RM11,000 daripada jumlah pinjaman.

Perunding PMCH, Aryati Razak berkata, kes berkenaan diadukan kepadanya sejak 2015 dan falam tempoh itu beberapa kali perbincangan diadakan bagi membantu Saiful.

“Alhamdulillah…selesai lagi satu kes yang telah diuruskan oleh P.M.C.H selama dua tahun setengah.

“Pengadu ini meminjam untuk menutup pinjaman terdahulu menyebabkan dia terjebak dengan kadar faedah yang meningkat,” katanya.

Aryati berkata, daripada jumlah itu, kos yang perlu dibayar Saiful, termasuk caj perkhidmatan berjumlah RM33,380, penjimatan sebanyak RM8,620.

“PMCH mengingatkan orang ramai supaya janganlah meminjam untuk tujuan seperti di atas kerana ia ibarat “keluar mulut buaya masuk mulut naga.

“Cubalah cari daripada sumber yang boleh dipercayai dan jadikan contoh ini sebagai pengajaran buat kita semua. Jika ada masalah boleh hubungi PMCH di 012-3662127,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *