Zahid Ditahan SPRM, Dituduh Esok

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Zahid ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

Presiden UMNO itu akan menghadapi beberapa pertuduhan dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat untuk pertuduhan tersebut.

Terdahulu Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira jam 3.03 petang dengan menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih dan berpakaian baju batik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *