Saleem Iklim Sudah Tiada

Penyanyi terkenal A.M. Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali sebagai Saleem meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) jam 6.15 pagi tadi.

Memetik laporan portal Utusan Malaysia, kenyataan itu disahkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.

Jenazah Saleem ketika ini masih berada di hospital akan dibawa ke Surau As- Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Saleem dimasukkan ke HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 21 September lalu yang menyebabkan penyanyi itu patah tulang rusuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *